Visi
PKMS komited menjadi platform unggul buat setiap individu Melayu dalam menggembleng usaha untuk mendaulatkan maruah serta memacu kesejahteraan komuniti Melayu Islam di Sarawak.
Misi
Kami komited untuk merangka dan melaksanakan pelbagai inisiatif praktikal dan bertepatan dengan keperluan semasa. Matlamat utama kami adalah untuk menarik minat serta memupuk penglibatan masyarakat Melayu dari segenap lapisan ke arah menyokong dan bersama-sama dalam perjuangan PKMS.
Objektif
- Mendukung dan memacu kemajuan serta perkembangan syiar Islam.
- Memperkukuh kesatuan ummah dan membudayakan amalan saling membantu.
- Menyemai semangat muhibah dan keharmonian dalam kalangan warga Malaysia.
- Mempertingkat dan memajukan taraf pendidikan anak-anak Melayu.
- Memartabatkan keindahan bahasa, warisan budaya, dan kesenian Melayu.
- Menghayati dan mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara.
