Ditubuhkan pada 10 Oktober 1939 di bawah Section 5 of Order No. S – 1 (Societies 1930) dengan nama Persatuan Melayu Sarawak. Nama ini ditukar ke Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak pada 18 Disember 1957 melalui The Soceities Ordinance 1957 selari dengan nama Sarawak Malay Nasional Union. Persatuan ini telah melalui empat zaman pemerintahan negeri Sarawak, zaman Pemeritahan Rajah Brooke, zaman Pemerintahan Jepun, zaman Penjajahan Koloni dan sekarang zaman kemerdekaan. Jawatankuasa yang mengendalikan Persatuan ini semasa adalah Majlis Tertinggi yang ke Dua Puluh Enam sejak penubuhannya. Perjuangan nya telah berpindah dari memperjuangkan kemerdekaan Sarawak ke mengekalkan Adat dan Budaya Melayu serta kemajuan pelajaran anak Melayu dan Agama Islam.

Lambang Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak
Lambang Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak adalah merupakan ukiran perisai bewarna biru yang mengandungi bulan bintang berwarna putih. Dalam lingkungan bulan terdapat keris berselempang dengan sarungnya berwarna kuning. Serumpun padi dijadikan sebagai latar belakangnya juga berwarna kuning. Di bawah perisai trdapat ribon berwarna merah yang megandungi cogan kata “BERUSAHA BAHAGIA” dan huruf jawi P.K.M.S.
Taksiran Lambang adalah seperti berikut:
a. Bulan Bintang melambangkan agama Islam
b. Keris melambangkan kepahlawanandna kemelayuan.
c. Padi melambangkan kemakmuran dan kemajuan
d. PKMS: Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak

Bendera Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak
Bendera Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak adalah berwarna kuning dan mengandungi Lambang Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak di tengah-tengahnya.